Sunday 28 April 2013


Assalamualaikum w.b.t.....
pe kabo pembaca n temn2 yg dikasihi..moga anda sume chat walafiat n hdup sntiasa dipenuhi barakah....so, ari nie sy nk cite ckit sal ERGONOMIK..... so, ergonomik nie amatlah penting dlm kehidupan seharian kita... pape aje yg kita lakukan haruslah dlm keadaan ergonomik bg menjga postur tubuh spya lebih selesa n slamat....

keselesaan amatlah dititikberatkan dlm melakukn sebarang keje kite seharian, terutamanya smasa bt keje2 ofiz n angkat brg....cthnya, time bt keje 2 kite haruslah mnjga postur tubuh kita spya sntiasa berada dlm keadaan tegak n slesa...mcm ler gmbo yg sy post kat bwah 2...


















sebelum 2 kite blajo dlu pe itu ERGONOMIK??????
so, ergonomik adalah bermula dgn perkataan ergos(keje) n nomos(undang2 smulajadi ) yg b'mksud rekaan mesin @ produk yg disesuaikan dgn fizikal mnusia...
fungsi ergonomik adalh bg memperbaiki penggunaan antra pekerja dgn alatan...

t'dpt 3 aspek yg mesti dititikberatkn dlam ergonomik nie...antranya...
  1. jenis perlatan yang digunakan.
  2. bagaimana proses keje dilakukan.
  3. persekitaran tmpat keje mereka. 

4 Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Terdapat empat faktor ergonomik yang terdapat dalam sesebuah pejabat iaitu:
  1. Perabot
  2. Pencahayaan
  3. Laluan
  4. Ventilasi (pengudaraan)
1. Perabot
Perabot utama di pejabat ialah meja dan kerusi kerja. Meja kerja ketinggian standard ialah 29 – 30 inci tinggi. Meja yang berbucu melengkung lebih baik daripada meja  berbucu tajam.
Manakala meja berbentuk ‘L’ lebih  mudah untuk mencapai semua benda yang diperlukan oleh seorang pekerja.
Apabila menggunakan kerusi kerja, cuba ubah ketinggian kerusi supaya paras siku selaras dengan permukaan meja. Jika backrest kerusi tidak selesa, letak kusyen kecil sebagai sokongan.
Armrest kerusi perlu cukup besar (panjang dan lebar) untuk menyokong dan merehatkan lengan anda ketika bekerja. Oleh itu, buat pelaburan dalam membeli kerusi yang selesa, berkualiti, dan boleh dilaraskan setiap komponennya seperti backrestarmrest, dan seat height.
2. Pencahayaan
Percahayaan yang tidak sesuai di dalam pejabat, boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja seperti kekeringan mata, sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja.
Dengan kebanyakan kerja kini dilakukan mengunakan komputer, kita menerima cahaya daripada skrin monitor dan silau yang berlebihan.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan cahaya pejabat terang tanpa terdapat banyak bayangan atas meja kerja, kurangkan brightness level skrin monitor dan pasangkan kemasan tingkap pejabat seperti wood blinds atau vertical blinds, jika sinaran cahaya matahari terus ke komputer anda.
3. Laluan
Ruang laluan antara meja kerja yang minima dan selamat ialah kelebaran dua orang berdiri seiring (1,350 mm atau terhad 4 kaki lebar).
Memudahkan dua orang melalui secara serentak atau seorang pekerja membawa barang tanpa terjadinya pelanggaran dengan meja kerja atau  dinding pembahagi meja kerja tersebut.
4. Ventilasi (Pengudaraan)
Pengudaraan yang tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita menghirup udara kotor dan pelbagai lagi bau-bauan yang kurang  menyenangkan, yang terkumpul semalaman di dalam pejabat.
Oleh itu, sebelum pejabat mula beroperasi, elok membuka tingkap untuk udara semulajadi yang segar masuk dan udara kotor keluar.
Selain itu, pastikan suhu dijaga bagi mengelakkan kepanasan akibat suhu panas cahaya lampu pejabat atau sejuk seperti kutub utara. Servis penyaman udara pejabat mengikut masa yang ditetapkan dan  pasangkan air-freshener untuk kesegaran bau wangi ruang.




so, smoga dgn maklumat ini dptlah membntu sebyk sdikit anda sume...trusler skong aku..hehehe :)





No comments :

Post a Comment