Sunday 28 April 2013


Assalamualaikum w.b.t.....
pe kabo pembaca n temn2 yg dikasihi..moga anda sume chat walafiat n hdup sntiasa dipenuhi barakah....so, ari nie sy nk cite ckit sal ERGONOMIK..... so, ergonomik nie amatlah penting dlm kehidupan seharian kita... pape aje yg kita lakukan haruslah dlm keadaan ergonomik bg menjga postur tubuh spya lebih selesa n slamat....

keselesaan amatlah dititikberatkan dlm melakukn sebarang keje kite seharian, terutamanya smasa bt keje2 ofiz n angkat brg....cthnya, time bt keje 2 kite haruslah mnjga postur tubuh kita spya sntiasa berada dlm keadaan tegak n slesa...mcm ler gmbo yg sy post kat bwah 2...


















sebelum 2 kite blajo dlu pe itu ERGONOMIK??????
so, ergonomik adalah bermula dgn perkataan ergos(keje) n nomos(undang2 smulajadi ) yg b'mksud rekaan mesin @ produk yg disesuaikan dgn fizikal mnusia...
fungsi ergonomik adalh bg memperbaiki penggunaan antra pekerja dgn alatan...

t'dpt 3 aspek yg mesti dititikberatkn dlam ergonomik nie...antranya...
  1. jenis perlatan yang digunakan.
  2. bagaimana proses keje dilakukan.
  3. persekitaran tmpat keje mereka. 

4 Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Terdapat empat faktor ergonomik yang terdapat dalam sesebuah pejabat iaitu:
  1. Perabot
  2. Pencahayaan
  3. Laluan
  4. Ventilasi (pengudaraan)
1. Perabot
Perabot utama di pejabat ialah meja dan kerusi kerja. Meja kerja ketinggian standard ialah 29 – 30 inci tinggi. Meja yang berbucu melengkung lebih baik daripada meja  berbucu tajam.
Manakala meja berbentuk ‘L’ lebih  mudah untuk mencapai semua benda yang diperlukan oleh seorang pekerja.
Apabila menggunakan kerusi kerja, cuba ubah ketinggian kerusi supaya paras siku selaras dengan permukaan meja. Jika backrest kerusi tidak selesa, letak kusyen kecil sebagai sokongan.
Armrest kerusi perlu cukup besar (panjang dan lebar) untuk menyokong dan merehatkan lengan anda ketika bekerja. Oleh itu, buat pelaburan dalam membeli kerusi yang selesa, berkualiti, dan boleh dilaraskan setiap komponennya seperti backrestarmrest, dan seat height.
2. Pencahayaan
Percahayaan yang tidak sesuai di dalam pejabat, boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja seperti kekeringan mata, sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja.
Dengan kebanyakan kerja kini dilakukan mengunakan komputer, kita menerima cahaya daripada skrin monitor dan silau yang berlebihan.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan cahaya pejabat terang tanpa terdapat banyak bayangan atas meja kerja, kurangkan brightness level skrin monitor dan pasangkan kemasan tingkap pejabat seperti wood blinds atau vertical blinds, jika sinaran cahaya matahari terus ke komputer anda.
3. Laluan
Ruang laluan antara meja kerja yang minima dan selamat ialah kelebaran dua orang berdiri seiring (1,350 mm atau terhad 4 kaki lebar).
Memudahkan dua orang melalui secara serentak atau seorang pekerja membawa barang tanpa terjadinya pelanggaran dengan meja kerja atau  dinding pembahagi meja kerja tersebut.
4. Ventilasi (Pengudaraan)
Pengudaraan yang tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita menghirup udara kotor dan pelbagai lagi bau-bauan yang kurang  menyenangkan, yang terkumpul semalaman di dalam pejabat.
Oleh itu, sebelum pejabat mula beroperasi, elok membuka tingkap untuk udara semulajadi yang segar masuk dan udara kotor keluar.
Selain itu, pastikan suhu dijaga bagi mengelakkan kepanasan akibat suhu panas cahaya lampu pejabat atau sejuk seperti kutub utara. Servis penyaman udara pejabat mengikut masa yang ditetapkan dan  pasangkan air-freshener untuk kesegaran bau wangi ruang.




so, smoga dgn maklumat ini dptlah membntu sebyk sdikit anda sume...trusler skong aku..hehehe :)





Assalamualaikum w.b.t.......

salam sejahtera semua pembaca n teman2 yg amat sy syangi n hormati...da lama x up date blog nie coz kekangan masa yang amtlah terhad oleh kerana kesibukan n cuti yang diberikan...amatlah bersyukur kerna hari nie sy masih lg boleh bernafas dengan tenang tanpa ancaman dr dunia luar... :) <pe yg aku duk jiwang sgt ari nie ek..hehehe> 2 smua skadar mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT....

so ari nie Sy nk kongsi serba sedikit tentang topik yang pernah dibincangkn dengan Pn Nor Fadila...byk ilmu yg xt'hngga yg dicurahkn oleh beliau sehingga kami smua mnjdi insan yg berjaya...InsyaALLAH... :)
 topik kita hari nie adalh ELEMEN REKABENTUK.....  smoga apa yg dikongsikan ari nie dpat menmbah pengetahuan kita smua...elemen rekabentuk merupakan suatu bentuk visual....

byk yg perlu dipatuhi bg memenuhi elemen rekabentuk sebelum kita mereka bentuk sesuatu objek atau alat...
antaranya adalah : 

  1. Titik
  2. Garisan
  3. Bentuk
  4. Nilai
  5. Tekstur
  6. Warna
TITIK merupakan satu tanda bg memudahkan kita menfokuskan pada sesuatu perkara yang akan dilukis.. seumpama dgnnya cthnya titik-titik yg terdapat pada bintang memudahkan kita mengetahui n menbaca titik tersebut dengan betul. beberpa titik yg bergabung menjadikan ia lebih kompleks. oleh itu, titik menekankan 2 jnis visual iaitu, menekankan idea utama n mengarahkan tumpuan pelajar....

GARISAN pula merupakan satu siri titik yang sgt hampir dengan kedudukan sehingga tidak ternampak entitinya. garisan wujud dlm pelbagai bentuk n jenis. ia juga bagi menentukan titik fokus mata kita. contohnya garis yg lurus boleh menyebabkan mta kita berhenti.garisan juga terbahagi kpd nipis dan tebal, ini berdasarkan lukisan yg bakal dilukis. dr garisan juga kita dpt meneka dgn cpt apa yg ingin dilukis sese0rg...

BENTUK pula merupakan satu benda yang jelas kelihatan apabila ade smbungan disekelilinya. cthnya dalam membentuk satu bulatan, disitu jelas kelihatan bahawa terdapat stu garisan disekelilinya yang terbentuk sehunggalah menjdikn ianya 1 bentuk @ jasad.

NILAI  merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relatif. nilai digunakan bagi menjelaskan objek dan ruang. contohnya dr segi penggunaan warna yg bersesuaian dgn objek ataupn ruang. nilai digunakan bg menklasifikasikn  @ mntafsirkn sesuatu objek tersebut. warna terang n gelap memainkan peranan yg berlainan.

TEKSTUR merupakan satu permukaan yang boleh dirasa n disentuh menggunakan deria tangan kita. kita boleh membezakan antara satu tekstur dgn tekstur yg lain. terutamaya dalam pembelian kain, kita bleh rasai sendiri kain tersbt samaada lembut ataupun kasar. selain dari itu, lukisan n bahan yg berstektur membolehkn kita membezakan tekstur diantaranya.

WARNA merupakan satu elemen yg sgt pentng dlm mereka sesuatu objek @ alat. warna boleh menarik minat sesiapa sahaja tidak kiralah kanak-kanak @pn org dewasa. hidup kita pn dipenuhi dgn warna warni alam yang amat menenagkn jiwa. cthnya permaian yg berwarna terang menarik minat kank2 utk bermain dgnnya. org dewasa pn terpikat dgn warna yg BRIGHT SHINE...  

setakat ini dahulu perkongsian maklumat antara kita....jika ada kesempatan lg kita akan ketemu jua.. :)